kata pokcik محاسبة

Posted by arnmhy

BismikAllahumma nahya wa bismillahirRahmaanirRaheem
Assalamu'alaikum ikhwati wa akhowati fillah dan sahabat pembaca.
Moga perkongsian ana yang tak seberapa ni mampu mengetuk pintu-pintu hati mereka yang terlupa terutama ana sendiri yang kerapkali perlu sentiasa diingatkan. Biiznillah.






Ikhwati fillah, kata arRasul;


الإيمان يزيد وينقص وينمو في الجماعة
Iman itu meningkat juga menurun, juga ia subur di dalam jama'ah


Dalam era globalisasi kini (baca: cuti-cuti panjang), sebahagian ikhwah berada jauh daripada 'perkumpulan', mereka jauh bertebaran yang harapnya kesemua mereka menjadi pulau andai dicampak ke laut, dan menjadi pokok andai dicampak ke darat. Ya benar ada sebahagian mereka benar-benar hebatqowiy, mampu menjaga diri juga mampu memberi manfaat pada yang lain. Namun iman mereka itu secara individual takkan pernah sesubur iman mereka sewaktu mereka dalam 'perkumpulan'. Dalam ideologi tarbiyah dzatiyah, salah satu elemen penting dalam menjayakan langkah-langkah mendidik dan menjaga (baca: mentarbiyah) diri kita sendiri, adalah MUHASABAH.




Ikhwah yang ana kasihi,

Muhasabah itu bukanlah bermakna perlu kita set betul-betul slot untuk muhasabah dalam jadual harian hidup kita sahaja. Misalnya, 5 minit sebelum tidur. Ya, ianya betul dan alhamdulillah wa mabruk bagi yang dapat istiqomah melakukannya, namun muhasabah bukan setakat itu. Bukankah literally makna muhasabah itu berkira-kira?

Ana bawa analogi usahawan yang baik. Dalam tiap aktiviti keluar masuk kewangan urusniaganya pasti akan dikira-kira. Tiap saat dikira-kira. Walhal dalam saat sedang memegang sebatang pensil untuk dibeli sebagai kegunaan syarikat sekalipun pasti akan ditimbang kira molek-molek samada ianya perlu dan berbaloi atau tidak. Mudahnya, tiap saat urusniaganya pasti akan dimuhasabah baik-baik samada akan membawa untung pada diri dan syarikatnya atau sebaliknya. Analogi ini mudah. 

Tak kira amal apa terutama yang kita niatkan amal itu sebagai ibadah, ana pasti ramai saja yang bertindak sedemikian. Sentiasa berkira-kira dalam amalan hariannya agar amal 'terbaik' yang dilakukan. Adakah apa yang aku buat ini betul sepertimana diajar Allah dan arRasul? Apa manfaat amal ini pada aku, dia, mereka, Islam, dan dunia? Juga amal-amal lain. Tak semestinya amal, bahkan cetusan-cetusan idea, pemikiran, niat, mahupun emosi juga kita patut berkira-kira. Betul ka?




Ikhwati fillah. Kalau begini, baharulah boleh kita kata kita benar-benar praktik konsep ini.

"Taqwa itu seperti berjalan di suatu tempat yang amat gelap dan di jalannya terdapat duri-duri menghalang. maka akan kita hati-hati dalam menelusuri jalannya." 

Ana suka konsep yang dibawa dalam analogi ni, pasti kita sedar dalam nak melangkah keluar satu kaki pun kita akan berada pada tahap hati-hati yang tinggi. Betulkah tempat yang akan kakiku pijak atau akan aku cedera dek duri-duri tajam sejurus kakiku mencecah bumi? Tiap langkah, tiap saat kita akan berkira-kira dan sentiasa memikirkan rasionalnya dalam amal kita. Mudahnya, muhasabah.



Ada satu skillpesanan menarik daripada seorang murabbi berkenaan muhasabah pada tiap detik dan ketika. Katanya, dalam tiap inci dan ruang hidup kita tak kira pada aspek dzhohiriyah (fizikal dan luaran, amal dan praktikal) atau batiniyah (ruang lingkup yang 'tidak nampak' dari dalam kita: buah fikiran, niat, dll) perlu kita timbulkan dan hadirkan kehadiran ALLAH dan MUHAMMAD RASULULLAH. Konsep muroqabatullah perlu kita settle. Bagaimana kita sentiasa perlu merasai Allah itu hadir dan lebih dekat dengan kita lebih dekat daripada urat tengkuk kita sendiri. Begitu juga keadaannya sentiasa kita hadirkan arRasul saw dalam hidup kita. Sentiasa tetapkan dalam hati dan bertanya pada diri sendiri apakah respon arRasul saw pada tiap tindak tanduk dan cetusan minda kita. 




Untuk aku mengenakan pakaian sebegini, jika arRasul saw sedang memerhatiku, apa agaknya respon baginda saw pada gaya dan etika bersihnya bajuku, berkenankah arRasul saw jika aku gayakan rambut aku begini, cukup sahihkah pemakaian tudungku? Agaknya kalau aku tekan kekunci huruf 'L' dalam nak komen status fb kawanku ini apa respon arRasul saw padaku? Agaknya andai aku sedang melayari internet berseorangan di dalam bilik ini dan arRasul saw di sebelahku, apa responnya pada tiap laman sesawang yang aku layari dan amati? Agaknya andai aku ber'mesej-mesej'an dengan tiap ayat dan kalimah yang aku typekan kepada makhluk silang jantina ini, apa respon arRasul? Andai aku berfikir sebegini dan marah sebegitu adakah Allah dan arRasul saw akan redha padaku? Jenuh ikhwah andai ana perlu senaraikan tiap satu. Yang penting isinya dapatkan?





عـن أبي ذر جـنـدب بـن جـنـادة ، وأبي عـبد الـرحـمـن معـاذ بـن جـبـل رضي الله عـنهما ، عـن الرسول صلي الله عـليه وسلم ، قـال :  اتـق الله حيثما كنت ، وأتبع السيئة الحسنة تمحها ، وخالق الناس بخـلـق حـسـن
رواه الترمذي [ رقم : 1987 ] وقال : حديث حسن ، وفي بعض النسخ : حسن صحيح

Daripada Abu Zar Jundub bin Junadah dan Abu Abdurrahman Mu'adz bin Jabal r.anhuma, daripada Rasulullah saw berkata: Bertaqwalah kamu di mana sahaja kamu berada, dan ikutilah kejahatan itu dengan kebaikan yang mana ianya akan memadamkan kejahatan itu, dan berakhlaklah dengan manusia dengan akhlak yang baik.
Riwayat Tirmizi (No 1987) Katanya : Hadis Hasan, pada sebahagian nasakh: Hasan Sohih



Ana bukan mampu untuk ulas panjang akan isu muhasabah ini. Cuma sekadar berkongsi something yang   ana terkesan dengannya. Moga perkongsian cikaiini juga mampu untuk memanfaatkan antum at least menghabiskan waktu lapang dengan membaca perkongsian ana. Allah Maha Tahu. Allah Maha Pengampun. Allah Maha Pemurah. Allahua'lam.


Ana faqir ilAllah.

Tekad Kami

Posted by arnmhy

Kami sadari jalan ini kan penuh onak dan duri
Aral menghadang dan kedzaliman yang akan kami hadapi
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati
Jasad ini , darah ini sepenuh ridho Ilahi

Kami adalah panah-panah terbujur
Yang siap dilepaskan dari bujur
Tuju sasaran, siapapun pemanahnya

Kami adalah pedang-pedang terhunus
Yang siap terayun menebas musuh
Tiada peduli siapapun pemegangnya

Asalkan ikhlas di hati tuk hanya Ridho Ilahi
Kami adalah tombak-tombak berjajar
Yang siap dilontarkan dan menghujam
Menembus dada lantakkan keangkuhan

Kami adalah butir-butir peluru
Yang siap ditembakkan dan melaju
Mengoyak dan menumbang kezaliman

Asalkan ikhlas di hati tuk jumpa wajah Ilahi Rabbi
Kami adalah mata pena yang tajam
Yang siap menuliskan kebenaran
Tanpa ragu ungkapkan keadilan

Kami pisau belati yang selalu tajam
Bak kesabaran yang tak pernah akan padam
Tuk arungi dakwah ini , jalan panjang

Asalkan ikhlas dihati menuju jannah Ilahi Rabbi

النظافة من الإيمان

Posted by arnmhy

Bismillahirrahmaanirraheem. Biiznillah. 
Sesungguhnya peringatan ini untuk ana. Andai ana lupa, maka ingatkanlah ana. Maka bersama kita ingat memperingati moga semua peroleh manfaat insyaAllah ^_^


: عن أبى مالك الأشعري رضي الله عنه قاله : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الطهور شطر الإيمان والحمد لله تملأ الميزان وسبحان الله والحمد تملأن ما بين السماء والأرض, والصدقة برهان والصبر ضياء, والقرآن حجة لك أو عليك


Ayyuhal ikhwah, 

Setakat mana kita 'arif akan hadis ini? Iyalah mungkin kita sudah sejak 'kecil' mendengarnya bahkan sudah menghafalnya sampai dah likat tersemat di akal. Namum setakat mana ilmu itu dibawa ke hati terus dicerminkan kepada amal? Cukup dulu kita memperbincang akan isu-isu haraki. Dakwah itu dakwah ini. Jenuh halaqoh itu, liqo' ini. Daurah itu, jaulah ini. Qiam itu... Aish.. Tunggu dulu!


Mungkin ada yang kita terlepas pandang ikhwah. Terlepas pandang pada perkara yang benar-benar asas. Kembali kepada asas yang benar menggambarkan indahnya islam ini, yakni satu cara hidup yang secara fitrahnya membawa sejahtera dan harmoni kepada jasmani juga ruuhi.


Iyalah, benar semua orang tahu bersih itu penting. Bersih supaya kita jauh daripada penyakit, nampak kemas, nampak cantik, bau wangi sebagainya. Kalau ikhlas dalam kebersihan, kita dapat pahala. Tapi arRasul mengaitkan KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN. Ana yakin antum sebenarnya sudah maklum mengapa sabda baginda sedemikian, apa sebenarnya fiqh di sebalik hadis ini. Namun terkadang kita kesal. Kesal akan sikap kita yang kerap kali terlepas pandang akan kepentingannya. Akan kepentingan ia sepertimana sabda baginda nadzhofah itu membabitkan iman kita.


Apa hal BERSIH dan IMAN sebenarnya?

Kita semua maklum bersih itu penting tapi apa yang ana perhati, amal kita lain bahkan sebaliknya. Lihat saja pada diri kita sendiri sekarang, cuba nilai berapa kadar daripada 1-10 untuk kita beri pada diri kita dalam mencontohi kebersihan arRasul s.a.w juga sahabat r.anhum. Bagaimana pemakaian kita? Gaya dan imej yang bagaimana kita bawa? Bersih? Kemas digosok? Bagaimana pula pakaian kita di bilik sana? Rapi tersusun? Wangi dibasuh? Kemas tersidai atau dicampak sahaja di katil atau mungkin di atas lantai? 


Perhati pula pada kawasan-kawasan yang saban hari sering kita kunjungi dan guna pakai. Bagaimana kondisinya? Adakah segalanya kemas tersusun rapi? Bagaimana katil kita ambil berat akan kebersihannya? Kemas tersusun segala sarung cadar dan bantalnya? Bilik air kita? Berapa kerap kita bersihkan bilik air kita? 2 kali sebulan mungkin? Sekali sebulan? Atau mungkin setahun sekali? Atau langsung kita tak pernah terfikir untuk memegang berus tandas untuk bantu teman serumah membersihkannya? Na'uzubillah.

Baik! 
Bagaimana pula dengan tong sampah kita? Sampah-sampah dicampak merata sekelilingnya atau rapi terbuang di dalam? Bagaimana kita urus proses pelupusannya? Campak hadapan bilik dan tunggu urusetia kebersihan datang dan pungut? Cukup saja ana nak senaraikan.. banyak lagi mungkin?.. (-_-")  


Ikhwah fillah, 
Belum lagi kita perhati setiap sudut, setiap inci ruang lingkup hidup kita. Setiap amal dan aktiviti, bagaimana kita ambil berat tentang isu kebersihan dalam proses menjayakannya.

النظافة من الإيمان


Pernah kita terfikir andai bilamana kita benar-benar menitik beratkan isu kebersihan, waktu itu iman kita meningkat? Begitu juga bilamana kita endah tak endah akan ahwal pemakaian bersih tak bersih, kemas tak kemas, bilik sapu tak sapu, dan sebagainya waktu itu iman kita lemah dan lesu? Ikhwah, bukankah tugas kita untuk memakmurkan bumi Allah ini? Semua yang berakal mahupun tidak adalah 'makhluk' Allah juga di bawah kekuasaanNya. Mahu tak mahu, atas tanggungjawab kita untuk mengurus dan mem'bersih'kan bersesuaian dengan kehendak syari'at Allah. 
Ikhwah, sebenarnya tak perlu ana hurai panjang dan kita berdalih lagi kerna semua sudah maklum. Bukankah,

"Iman itu adalah iqrar dengan lisan, membenarkan dengan hati, dan dilakukan dengan seluruh anggota badan."

Selagi tidak kita cerminkan pada perbuatan kita amal kebersihan itu, fitrah kebersihan iman kita masih belum lengkap. Kan? Begitu juga halnya, dakwah kita bermula dengan diri kita. Dirikan bersih itu mula dari dalam diri, terus persekitaran kita, terus pada rakan seperjuangan dan seterusnya. Wa huwa muhimm! Al-Qudwah qobla da'wah. Henti beralasan, mula dari sekarang! Allahua'lam.


*segala khilaf minta terus segera ditegur.


(Taujih Aamantu Billah)
Pencatat: Aamantu Billah

'Sarjana' Banyak Problem (Hybrid Indonesian Version)

Posted by arnmhy

Hidup umpama pengajian. Ada yang lulus dengan kepujian dan tidak kurang juga yang gagal. Kita melahirkan pelopor, banyak pula provokator yang muncul.  Segelintir menjadi aktivis, ramai yang ‘Islam’ masih lagi pasivis. Dakwah bak kata sekolah, banyak sangat masalah. Di mana sahaja usaha dicurahkan, menyelesaikan satu demi satu, tetapi timbul pula yang lagi satu. Kita adakan ujian, selalunya based on every semester, ada yang lulus, ada pula yang drop out. Ujian diadakan bukannya macam beratnya beban (tanggungjawabnya), himpitan kemiskinan dan kerasnya ancaman, justeru godaan rayuan yang sering mematikan jiwa-jiwa ini.

Ikhwati fillah,
            Perjalanan hidup seorang manusia ini indah apabila kita kembali kepada as-shalah kita, di dalam al-quran sudah menjelaskan melalui surah as-Syarh (94:5-6)
  
5: So, Verily, with every difficulty, there is relief. 6: Verily, with every difficulty there is relief.

                Tarbiyah untuk membentuk muslim yang mampu menjadi problem solver bukan sekadar problem speaker apatah lagi menjadi problem maker. Na’udzubillah bila kader menjadi masalah, sibuk mengorganize qadhaya malah menjadi problem trader.

            Bagaimana dengan kita ya ikhwati mahbubiin? Kemudahan fasilitas @ alat itu, jangan jadikan sampai membuat kader menjadi keder, bersidai atau bnerceceran di jalan dakwah, ber’ukhuwwah’ di tempat hiburan, menghindar dari amar (menyeru) atas sebab malu dengan friend sebelah, malah banyak meneluh tidak habis kalau dimobilisasikan dengan sungguh-sungguh. Maka mungkin benar kata syeikh (masmuhu ya Ahmad Akmaluddin bin Mazlan?) di mana mafhumnya so called ‘penggerak’ ini sebenarnya bermain-main di tebing atau tepian dakwah sahaja.



            Maybe, kita mulai berjatuhan di tengah jalan, menggelarkan diri veteran yang namanya memang sedap. Mahu tak? Ayuh kita simak!

1.      M.Si.: Mencelat Soko Ikhwah, keluar dari ring (networking) tarbiyah
2.      M,Sc.: Mencelat Soko Campus
3.      M.M.: Mantan Murobbi, Mantan Mutarobbi
4.      M.T.: Mantan Tarbiyah
5.      M.A.: Mantan Aktivis
6.      S.Pd.: Sak Penake Dhewe
7.      S.Ag.: Semak aja hue
8.      M.Pd.: Mantan Penggiat Dakwah
9.      M.BA.: Murobbi Banyak Alasan, Mutarobbi Banyak Alasan
10.   KGPA: Kader Gemar Perbanyak Alasan

Sebuah Kisah Yang Agak Kontra Dengan Situasi di Atas

            Kisah benar ini disampaikan oleh Syeikh (masmuhu ya Ahmad Akmaluddin bin Mazlan?) dari Palestin, ketika ana di Pejabat Ikram Johor.

-          -Kisah anak mutarobbinya, 23; meminta untuk join al-Qassam
-         - Praktikal Tarbiyah:

o   Mendengar
o   Mentaati
o   Menghormati
o   Melaksanakan


Dakwah Dianggap Beban Berat

Dalam buku Amalan-Amalan Ringan Pembuka Pintu Syurga, karya Fakjruddin, Lc, disebutkan bahawa Rasulullah bersabda,

“Barangsiapa memasukkan kegembiraan kepada satu keluarga Muslim, Allah tidak akan redha untukny balasan yang lebih rendah dari syurga.” (Riwayat Thabrani)

Awal dakwah memang berat, but endingnya nikmat. Sulit, justeru ini yang bikin melejit (meliur). Mau melangkah susah, justeru di situ full barokah. Repot di dunia tak apa asal di akhirat selamat.
Ya kan?

(Taujih alAbqoriyy)
Pencatat: Aamantu Billah

Agama Dua Alam

Posted by arnmhy

            Kita mulakan dengan satu perumpamaan dan cuba kita fikirkan apa yang akan terlintas dalam minda kita bila dengar nih. Perumpamaan pertama yang didengar pertama kali dalam pengisian ISK. Bayangkan dua orang pemuda yang mendengar azan zohor la katekan dan waktu tuh mereka berdua berada di dalam masjid, tetibe salah seorang dari mereka akan teringat akan sesuatu perkara yang mengaibkan tentang lecturer mereka. Dia pun cakap “ Eh, aku ada cerita baik punya pasal lecturer kita, hari tu an...” Tetibe2 kawan dia menyampuk “Eh, kita dalam masjid ni, jom kita keluar dulu.” Ana berhentikan cerita tu setakat itu saja. Akan ada banyak reaksi atau perkara yang terlintas dalam minda kita, betul ak??

            Tapi, ana akan keluarkan perkara yang berkaitan dengan apa yang ana cuba sampaikan hari ini. Dari apa yang kita boleh lihat, kenapa seorang muslim yang baru selesai solat jumaat dengan memakai kain pelekat, sejurus selepas keluar dari perkarangan masjid terus membuka kainnya dan pakai pakaian yang menampakkan auratnya, atau seorang wanita yang perlukan telekung kerana tudungnya yang tidak mencukupi syarat untuk solat. Tidakkah itu serupa dengan seorang kristian yang membersihkan dirinya pada hari ahad atau seorang beragama buddha yang hanya sembahyang pada waktu2nya dan selepas itu mereka bebas melakukan apa sahaja. Ataupun secara kasarnya boleh dikatakan kita menganut agama islam sekularyang memisahkan agama dan kehidupan, bukankah islam itu deen atau cara hidup yang boleh dilakukan dalam perkara yang kut angkut atau “ “ tidak islamik seperti basuh baju, isi minyak kereta, islam tidak ajar secara telitinya mengajar tapi itu adalah kehidupan dan islam mengajar cara untuk menjalani hidup. Dalam ayat AQ 2:208 ana ambil isi penting dan masuklah kamu dalam islam secara keseluruhan dan tidak lak cakap masuklah islam waktu nak solat jer, waktu nak pergi surau jer atau lebih teruk dan masuklah kamu dalam islam waktu nak solat hari raya jer.

            Ana bukanlah sesempurna dengan apa yang ana cuba sampaikan tetapi kita lihat pada nasihatnya jelar. Kita sebagai orang cuba DnT, cuba setelkan perkara yang nampak terang2nya, dan secara sedikit2 setelkan perkara yang ada di qalb. Ana cuba praktikkan untuk akhiri apa yang ana cuba sampaikan dengan 4 ayat AQ



23:115 – ingat ko duduk dunia nih main2 ker.
115. "Did ye then think that we had created you In jest, and that ye would not be brought back to us (for account)?"


58:19 – lupa ingat Allah, golongan setan. Setan itu rugi.sŒ
19. the evil one has got the better of them: so He has made them lose the remembrance of Allah. They are the party of the evil one. truly, it is the party of the evil one that will perish!


61:2-3 – ha cakap lebih eh, Allah benci gile/murka gila dengan orang yang cakap xserupa bikin.   
2. O ye who believe! why say ye that which ye do not? 3. Grievously odious is it In the sight of Allah that ye say that which ye do not.

(Taujih alMuhtadi)
Pencatat: Aamantu Billah

Muhasabah Diri

Posted by arnmhy

Bismillahirrahmanirrahim.. 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. setinggi2 kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ilahi dgn limpah kurnia dari-Nya dpt sekali lagi kita dberi peluang untuk duduk bersama2 bagi menyubur dan menyegarkan kembali iman kita..
Sahabat ikhwah yang dikasihi,


            Suka untuk ana mulakan tazkirah ana dgn kita imbas kembali peristiwa bersejarah Mavi Marmaea.. xtahu kenapa tapi perumpamaan yang insyaAllah suka untuk ana kongsikan sebentar lagi sangat2 memberi kesan pada diri ana.. Dari peristiwa tersebut ana yakin dan percaya Allahlah sebaik2 pengaturnya. Hanya yang terbaik DIPILIH oleh Allah untuk menyertai misi itu. Sekali lagi ya DIPILH bukan TERPILIH. Tidak terlepas juga buat umat islam di Malaysia. Berjuta2 dari mereka hanya 12 orang terbaik yang telah dipilih oleh Allah. Tetapi ikhwah sekalian tidak seorangpun dari mereka yang terpilih untuk mendapat kemuliaan mati syahid!! Dalam berjuta umat islam di Malaysia dan beribu yang mengaku dirinya berada di dalam tarbiyyah tidak seorangpun dari kita yang mampu untuk menepati piawai yang ditetapkan oleh Allah untuk mendapatkan mati syahid. Cukup sampai di situ, suka untuk ana biarkan supaya sama2 kita dapat berfikir dan muhasabah balik diri kita berada di mana..


            Alhamdulillah..isu yang ana nak bangkitkan pada kali ini untuk sama2 kita bermuhasabah dengannya adalah sangat2 berkaitan dengan sejarah kegemilangan umat islam dulu. Mereka hebat pada penguasaan ilmu juga pada ibadat mereka. Apa rahsia kejayaan mereka??.. Ya!.. Benar, alQuran dan asSunnahlah rahsia asas kepada kejayaan mereka yang gilang gemilang. Dua elemen penting itu sebati dalam hidup mereka seiring dan selari dengan amanat nabi menjelang kewafatan baginda yang berpesan untuk kita berpegang teguh dengan dua elemen penting ini.


Sahabat, ikhwah yang.. (xtahu nak ckp pe kat sini nak ckp sayang cam geli,haha)

            Musuh telah menyedari hakikat ini lama dahulu, ketika perang Salib tercetus lama dahulu, mereka (tentera Salib) mengalami kerugian yang sangat besar dari segi harta mahupun jiwa. Fikiran mereka buntu bagaimana untuk mengalahkan dan menghancurkan umat islam sehinggalah dalam satu peperangan seorang daripada raja mereka telah tertawan oleh tentera muslim. Dia dipenjarakan di dalam sebuah penjara menara yang sangat tinggi di tengah2 bandar Mesir. Dia berpeluang untuk melihat kehidupan seharian umat islam Mesir. Mereka (umat islam Mesir) sanggup meninggalkan perniagaan sejurus mendengar seruan azan tanpa menghiraukan keselamatan barang dagangan mereka. Lama raja itu perhatikan akhirnya dapatlah dia simpulkan bahawa umat ini tidak  dapat dikalahkan melainkan mereka ini dijauhkan dari ajaran islam itu sendiri. Mereka mestilah dijauhkan dari alQuran dan asSunnah. Dan kesannya dapat kita lihat hari ini wahai sahabat yang dikasihi sekalian.. Ramai yang membaca alQuran hanya menjadi sekadar bacaan.. Isinya tidak dikaji jauh sekali untuk diambil pengajaran dan diamalkan..Kita pula membacanya hanya untuk memenuh tempat2 di dalam mutabaah amal, umat islam melayu ada yang lebiih teruk lagi cukupsekadar mengkhatamkan alQuran kecoh satu kampung buat kenduri besar-besaran. alQuran kemudiannya ditinggalkan berhabuk di dalam almari... Sedarlah kita sama2 sedang diserang oleh musuh kita dengan kos yang sangat rendah, mereka tidak lagi mengeluarkan belanjakan yang tinggi, jauh sekali mengorbankan nyawa tapi kesannya SANGAT BESAR KEPADA KITA.. sekian


(Taujih alQassam)
Pencatat: Aamantu Billah