النظافة من الإيمان

Posted by arnmhy Thursday, March 3, 2011

Bismillahirrahmaanirraheem. Biiznillah. 
Sesungguhnya peringatan ini untuk ana. Andai ana lupa, maka ingatkanlah ana. Maka bersama kita ingat memperingati moga semua peroleh manfaat insyaAllah ^_^


: عن أبى مالك الأشعري رضي الله عنه قاله : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الطهور شطر الإيمان والحمد لله تملأ الميزان وسبحان الله والحمد تملأن ما بين السماء والأرض, والصدقة برهان والصبر ضياء, والقرآن حجة لك أو عليك


Ayyuhal ikhwah, 

Setakat mana kita 'arif akan hadis ini? Iyalah mungkin kita sudah sejak 'kecil' mendengarnya bahkan sudah menghafalnya sampai dah likat tersemat di akal. Namum setakat mana ilmu itu dibawa ke hati terus dicerminkan kepada amal? Cukup dulu kita memperbincang akan isu-isu haraki. Dakwah itu dakwah ini. Jenuh halaqoh itu, liqo' ini. Daurah itu, jaulah ini. Qiam itu... Aish.. Tunggu dulu!


Mungkin ada yang kita terlepas pandang ikhwah. Terlepas pandang pada perkara yang benar-benar asas. Kembali kepada asas yang benar menggambarkan indahnya islam ini, yakni satu cara hidup yang secara fitrahnya membawa sejahtera dan harmoni kepada jasmani juga ruuhi.


Iyalah, benar semua orang tahu bersih itu penting. Bersih supaya kita jauh daripada penyakit, nampak kemas, nampak cantik, bau wangi sebagainya. Kalau ikhlas dalam kebersihan, kita dapat pahala. Tapi arRasul mengaitkan KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN. Ana yakin antum sebenarnya sudah maklum mengapa sabda baginda sedemikian, apa sebenarnya fiqh di sebalik hadis ini. Namun terkadang kita kesal. Kesal akan sikap kita yang kerap kali terlepas pandang akan kepentingannya. Akan kepentingan ia sepertimana sabda baginda nadzhofah itu membabitkan iman kita.


Apa hal BERSIH dan IMAN sebenarnya?

Kita semua maklum bersih itu penting tapi apa yang ana perhati, amal kita lain bahkan sebaliknya. Lihat saja pada diri kita sendiri sekarang, cuba nilai berapa kadar daripada 1-10 untuk kita beri pada diri kita dalam mencontohi kebersihan arRasul s.a.w juga sahabat r.anhum. Bagaimana pemakaian kita? Gaya dan imej yang bagaimana kita bawa? Bersih? Kemas digosok? Bagaimana pula pakaian kita di bilik sana? Rapi tersusun? Wangi dibasuh? Kemas tersidai atau dicampak sahaja di katil atau mungkin di atas lantai? 


Perhati pula pada kawasan-kawasan yang saban hari sering kita kunjungi dan guna pakai. Bagaimana kondisinya? Adakah segalanya kemas tersusun rapi? Bagaimana katil kita ambil berat akan kebersihannya? Kemas tersusun segala sarung cadar dan bantalnya? Bilik air kita? Berapa kerap kita bersihkan bilik air kita? 2 kali sebulan mungkin? Sekali sebulan? Atau mungkin setahun sekali? Atau langsung kita tak pernah terfikir untuk memegang berus tandas untuk bantu teman serumah membersihkannya? Na'uzubillah.

Baik! 
Bagaimana pula dengan tong sampah kita? Sampah-sampah dicampak merata sekelilingnya atau rapi terbuang di dalam? Bagaimana kita urus proses pelupusannya? Campak hadapan bilik dan tunggu urusetia kebersihan datang dan pungut? Cukup saja ana nak senaraikan.. banyak lagi mungkin?.. (-_-")  


Ikhwah fillah, 
Belum lagi kita perhati setiap sudut, setiap inci ruang lingkup hidup kita. Setiap amal dan aktiviti, bagaimana kita ambil berat tentang isu kebersihan dalam proses menjayakannya.

النظافة من الإيمان


Pernah kita terfikir andai bilamana kita benar-benar menitik beratkan isu kebersihan, waktu itu iman kita meningkat? Begitu juga bilamana kita endah tak endah akan ahwal pemakaian bersih tak bersih, kemas tak kemas, bilik sapu tak sapu, dan sebagainya waktu itu iman kita lemah dan lesu? Ikhwah, bukankah tugas kita untuk memakmurkan bumi Allah ini? Semua yang berakal mahupun tidak adalah 'makhluk' Allah juga di bawah kekuasaanNya. Mahu tak mahu, atas tanggungjawab kita untuk mengurus dan mem'bersih'kan bersesuaian dengan kehendak syari'at Allah. 
Ikhwah, sebenarnya tak perlu ana hurai panjang dan kita berdalih lagi kerna semua sudah maklum. Bukankah,

"Iman itu adalah iqrar dengan lisan, membenarkan dengan hati, dan dilakukan dengan seluruh anggota badan."

Selagi tidak kita cerminkan pada perbuatan kita amal kebersihan itu, fitrah kebersihan iman kita masih belum lengkap. Kan? Begitu juga halnya, dakwah kita bermula dengan diri kita. Dirikan bersih itu mula dari dalam diri, terus persekitaran kita, terus pada rakan seperjuangan dan seterusnya. Wa huwa muhimm! Al-Qudwah qobla da'wah. Henti beralasan, mula dari sekarang! Allahua'lam.


*segala khilaf minta terus segera ditegur.


(Taujih Aamantu Billah)
Pencatat: Aamantu Billah

0 comments

Post a Comment