kata pokcik محاسبة

Posted by arnmhy Tuesday, May 10, 2011

BismikAllahumma nahya wa bismillahirRahmaanirRaheem
Assalamu'alaikum ikhwati wa akhowati fillah dan sahabat pembaca.
Moga perkongsian ana yang tak seberapa ni mampu mengetuk pintu-pintu hati mereka yang terlupa terutama ana sendiri yang kerapkali perlu sentiasa diingatkan. Biiznillah.






Ikhwati fillah, kata arRasul;


الإيمان يزيد وينقص وينمو في الجماعة
Iman itu meningkat juga menurun, juga ia subur di dalam jama'ah


Dalam era globalisasi kini (baca: cuti-cuti panjang), sebahagian ikhwah berada jauh daripada 'perkumpulan', mereka jauh bertebaran yang harapnya kesemua mereka menjadi pulau andai dicampak ke laut, dan menjadi pokok andai dicampak ke darat. Ya benar ada sebahagian mereka benar-benar hebatqowiy, mampu menjaga diri juga mampu memberi manfaat pada yang lain. Namun iman mereka itu secara individual takkan pernah sesubur iman mereka sewaktu mereka dalam 'perkumpulan'. Dalam ideologi tarbiyah dzatiyah, salah satu elemen penting dalam menjayakan langkah-langkah mendidik dan menjaga (baca: mentarbiyah) diri kita sendiri, adalah MUHASABAH.




Ikhwah yang ana kasihi,

Muhasabah itu bukanlah bermakna perlu kita set betul-betul slot untuk muhasabah dalam jadual harian hidup kita sahaja. Misalnya, 5 minit sebelum tidur. Ya, ianya betul dan alhamdulillah wa mabruk bagi yang dapat istiqomah melakukannya, namun muhasabah bukan setakat itu. Bukankah literally makna muhasabah itu berkira-kira?

Ana bawa analogi usahawan yang baik. Dalam tiap aktiviti keluar masuk kewangan urusniaganya pasti akan dikira-kira. Tiap saat dikira-kira. Walhal dalam saat sedang memegang sebatang pensil untuk dibeli sebagai kegunaan syarikat sekalipun pasti akan ditimbang kira molek-molek samada ianya perlu dan berbaloi atau tidak. Mudahnya, tiap saat urusniaganya pasti akan dimuhasabah baik-baik samada akan membawa untung pada diri dan syarikatnya atau sebaliknya. Analogi ini mudah. 

Tak kira amal apa terutama yang kita niatkan amal itu sebagai ibadah, ana pasti ramai saja yang bertindak sedemikian. Sentiasa berkira-kira dalam amalan hariannya agar amal 'terbaik' yang dilakukan. Adakah apa yang aku buat ini betul sepertimana diajar Allah dan arRasul? Apa manfaat amal ini pada aku, dia, mereka, Islam, dan dunia? Juga amal-amal lain. Tak semestinya amal, bahkan cetusan-cetusan idea, pemikiran, niat, mahupun emosi juga kita patut berkira-kira. Betul ka?




Ikhwati fillah. Kalau begini, baharulah boleh kita kata kita benar-benar praktik konsep ini.

"Taqwa itu seperti berjalan di suatu tempat yang amat gelap dan di jalannya terdapat duri-duri menghalang. maka akan kita hati-hati dalam menelusuri jalannya." 

Ana suka konsep yang dibawa dalam analogi ni, pasti kita sedar dalam nak melangkah keluar satu kaki pun kita akan berada pada tahap hati-hati yang tinggi. Betulkah tempat yang akan kakiku pijak atau akan aku cedera dek duri-duri tajam sejurus kakiku mencecah bumi? Tiap langkah, tiap saat kita akan berkira-kira dan sentiasa memikirkan rasionalnya dalam amal kita. Mudahnya, muhasabah.



Ada satu skillpesanan menarik daripada seorang murabbi berkenaan muhasabah pada tiap detik dan ketika. Katanya, dalam tiap inci dan ruang hidup kita tak kira pada aspek dzhohiriyah (fizikal dan luaran, amal dan praktikal) atau batiniyah (ruang lingkup yang 'tidak nampak' dari dalam kita: buah fikiran, niat, dll) perlu kita timbulkan dan hadirkan kehadiran ALLAH dan MUHAMMAD RASULULLAH. Konsep muroqabatullah perlu kita settle. Bagaimana kita sentiasa perlu merasai Allah itu hadir dan lebih dekat dengan kita lebih dekat daripada urat tengkuk kita sendiri. Begitu juga keadaannya sentiasa kita hadirkan arRasul saw dalam hidup kita. Sentiasa tetapkan dalam hati dan bertanya pada diri sendiri apakah respon arRasul saw pada tiap tindak tanduk dan cetusan minda kita. 




Untuk aku mengenakan pakaian sebegini, jika arRasul saw sedang memerhatiku, apa agaknya respon baginda saw pada gaya dan etika bersihnya bajuku, berkenankah arRasul saw jika aku gayakan rambut aku begini, cukup sahihkah pemakaian tudungku? Agaknya kalau aku tekan kekunci huruf 'L' dalam nak komen status fb kawanku ini apa respon arRasul saw padaku? Agaknya andai aku sedang melayari internet berseorangan di dalam bilik ini dan arRasul saw di sebelahku, apa responnya pada tiap laman sesawang yang aku layari dan amati? Agaknya andai aku ber'mesej-mesej'an dengan tiap ayat dan kalimah yang aku typekan kepada makhluk silang jantina ini, apa respon arRasul? Andai aku berfikir sebegini dan marah sebegitu adakah Allah dan arRasul saw akan redha padaku? Jenuh ikhwah andai ana perlu senaraikan tiap satu. Yang penting isinya dapatkan?





عـن أبي ذر جـنـدب بـن جـنـادة ، وأبي عـبد الـرحـمـن معـاذ بـن جـبـل رضي الله عـنهما ، عـن الرسول صلي الله عـليه وسلم ، قـال :  اتـق الله حيثما كنت ، وأتبع السيئة الحسنة تمحها ، وخالق الناس بخـلـق حـسـن
رواه الترمذي [ رقم : 1987 ] وقال : حديث حسن ، وفي بعض النسخ : حسن صحيح

Daripada Abu Zar Jundub bin Junadah dan Abu Abdurrahman Mu'adz bin Jabal r.anhuma, daripada Rasulullah saw berkata: Bertaqwalah kamu di mana sahaja kamu berada, dan ikutilah kejahatan itu dengan kebaikan yang mana ianya akan memadamkan kejahatan itu, dan berakhlaklah dengan manusia dengan akhlak yang baik.
Riwayat Tirmizi (No 1987) Katanya : Hadis Hasan, pada sebahagian nasakh: Hasan Sohih



Ana bukan mampu untuk ulas panjang akan isu muhasabah ini. Cuma sekadar berkongsi something yang   ana terkesan dengannya. Moga perkongsian cikaiini juga mampu untuk memanfaatkan antum at least menghabiskan waktu lapang dengan membaca perkongsian ana. Allah Maha Tahu. Allah Maha Pengampun. Allah Maha Pemurah. Allahua'lam.


Ana faqir ilAllah.

2 comments

  1. Silap sikit, kata arRasul:

    الإيمان يزيد بالطاعة وينقص بالمعصية وينمو في جماعة

    Ana mutaasif

    Posted on May 10, 2011 at 8:46 PM

     
  2. AmirSyafiq Said,

    (tekan butang like)

    Posted on May 12, 2011 at 11:11 AM

     

Post a Comment