Agama Dua Alam

Posted by arnmhy Thursday, March 3, 2011

            Kita mulakan dengan satu perumpamaan dan cuba kita fikirkan apa yang akan terlintas dalam minda kita bila dengar nih. Perumpamaan pertama yang didengar pertama kali dalam pengisian ISK. Bayangkan dua orang pemuda yang mendengar azan zohor la katekan dan waktu tuh mereka berdua berada di dalam masjid, tetibe salah seorang dari mereka akan teringat akan sesuatu perkara yang mengaibkan tentang lecturer mereka. Dia pun cakap “ Eh, aku ada cerita baik punya pasal lecturer kita, hari tu an...” Tetibe2 kawan dia menyampuk “Eh, kita dalam masjid ni, jom kita keluar dulu.” Ana berhentikan cerita tu setakat itu saja. Akan ada banyak reaksi atau perkara yang terlintas dalam minda kita, betul ak??

            Tapi, ana akan keluarkan perkara yang berkaitan dengan apa yang ana cuba sampaikan hari ini. Dari apa yang kita boleh lihat, kenapa seorang muslim yang baru selesai solat jumaat dengan memakai kain pelekat, sejurus selepas keluar dari perkarangan masjid terus membuka kainnya dan pakai pakaian yang menampakkan auratnya, atau seorang wanita yang perlukan telekung kerana tudungnya yang tidak mencukupi syarat untuk solat. Tidakkah itu serupa dengan seorang kristian yang membersihkan dirinya pada hari ahad atau seorang beragama buddha yang hanya sembahyang pada waktu2nya dan selepas itu mereka bebas melakukan apa sahaja. Ataupun secara kasarnya boleh dikatakan kita menganut agama islam sekularyang memisahkan agama dan kehidupan, bukankah islam itu deen atau cara hidup yang boleh dilakukan dalam perkara yang kut angkut atau “ “ tidak islamik seperti basuh baju, isi minyak kereta, islam tidak ajar secara telitinya mengajar tapi itu adalah kehidupan dan islam mengajar cara untuk menjalani hidup. Dalam ayat AQ 2:208 ana ambil isi penting dan masuklah kamu dalam islam secara keseluruhan dan tidak lak cakap masuklah islam waktu nak solat jer, waktu nak pergi surau jer atau lebih teruk dan masuklah kamu dalam islam waktu nak solat hari raya jer.

            Ana bukanlah sesempurna dengan apa yang ana cuba sampaikan tetapi kita lihat pada nasihatnya jelar. Kita sebagai orang cuba DnT, cuba setelkan perkara yang nampak terang2nya, dan secara sedikit2 setelkan perkara yang ada di qalb. Ana cuba praktikkan untuk akhiri apa yang ana cuba sampaikan dengan 4 ayat AQ



23:115 – ingat ko duduk dunia nih main2 ker.
115. "Did ye then think that we had created you In jest, and that ye would not be brought back to us (for account)?"


58:19 – lupa ingat Allah, golongan setan. Setan itu rugi.sŒ
19. the evil one has got the better of them: so He has made them lose the remembrance of Allah. They are the party of the evil one. truly, it is the party of the evil one that will perish!


61:2-3 – ha cakap lebih eh, Allah benci gile/murka gila dengan orang yang cakap xserupa bikin.   
2. O ye who believe! why say ye that which ye do not? 3. Grievously odious is it In the sight of Allah that ye say that which ye do not.

(Taujih alMuhtadi)
Pencatat: Aamantu Billah

0 comments

Post a Comment