Muhasabah Diri

Posted by arnmhy Thursday, March 3, 2011

Bismillahirrahmanirrahim.. 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. setinggi2 kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ilahi dgn limpah kurnia dari-Nya dpt sekali lagi kita dberi peluang untuk duduk bersama2 bagi menyubur dan menyegarkan kembali iman kita..
Sahabat ikhwah yang dikasihi,


            Suka untuk ana mulakan tazkirah ana dgn kita imbas kembali peristiwa bersejarah Mavi Marmaea.. xtahu kenapa tapi perumpamaan yang insyaAllah suka untuk ana kongsikan sebentar lagi sangat2 memberi kesan pada diri ana.. Dari peristiwa tersebut ana yakin dan percaya Allahlah sebaik2 pengaturnya. Hanya yang terbaik DIPILIH oleh Allah untuk menyertai misi itu. Sekali lagi ya DIPILH bukan TERPILIH. Tidak terlepas juga buat umat islam di Malaysia. Berjuta2 dari mereka hanya 12 orang terbaik yang telah dipilih oleh Allah. Tetapi ikhwah sekalian tidak seorangpun dari mereka yang terpilih untuk mendapat kemuliaan mati syahid!! Dalam berjuta umat islam di Malaysia dan beribu yang mengaku dirinya berada di dalam tarbiyyah tidak seorangpun dari kita yang mampu untuk menepati piawai yang ditetapkan oleh Allah untuk mendapatkan mati syahid. Cukup sampai di situ, suka untuk ana biarkan supaya sama2 kita dapat berfikir dan muhasabah balik diri kita berada di mana..


            Alhamdulillah..isu yang ana nak bangkitkan pada kali ini untuk sama2 kita bermuhasabah dengannya adalah sangat2 berkaitan dengan sejarah kegemilangan umat islam dulu. Mereka hebat pada penguasaan ilmu juga pada ibadat mereka. Apa rahsia kejayaan mereka??.. Ya!.. Benar, alQuran dan asSunnahlah rahsia asas kepada kejayaan mereka yang gilang gemilang. Dua elemen penting itu sebati dalam hidup mereka seiring dan selari dengan amanat nabi menjelang kewafatan baginda yang berpesan untuk kita berpegang teguh dengan dua elemen penting ini.


Sahabat, ikhwah yang.. (xtahu nak ckp pe kat sini nak ckp sayang cam geli,haha)

            Musuh telah menyedari hakikat ini lama dahulu, ketika perang Salib tercetus lama dahulu, mereka (tentera Salib) mengalami kerugian yang sangat besar dari segi harta mahupun jiwa. Fikiran mereka buntu bagaimana untuk mengalahkan dan menghancurkan umat islam sehinggalah dalam satu peperangan seorang daripada raja mereka telah tertawan oleh tentera muslim. Dia dipenjarakan di dalam sebuah penjara menara yang sangat tinggi di tengah2 bandar Mesir. Dia berpeluang untuk melihat kehidupan seharian umat islam Mesir. Mereka (umat islam Mesir) sanggup meninggalkan perniagaan sejurus mendengar seruan azan tanpa menghiraukan keselamatan barang dagangan mereka. Lama raja itu perhatikan akhirnya dapatlah dia simpulkan bahawa umat ini tidak  dapat dikalahkan melainkan mereka ini dijauhkan dari ajaran islam itu sendiri. Mereka mestilah dijauhkan dari alQuran dan asSunnah. Dan kesannya dapat kita lihat hari ini wahai sahabat yang dikasihi sekalian.. Ramai yang membaca alQuran hanya menjadi sekadar bacaan.. Isinya tidak dikaji jauh sekali untuk diambil pengajaran dan diamalkan..Kita pula membacanya hanya untuk memenuh tempat2 di dalam mutabaah amal, umat islam melayu ada yang lebiih teruk lagi cukupsekadar mengkhatamkan alQuran kecoh satu kampung buat kenduri besar-besaran. alQuran kemudiannya ditinggalkan berhabuk di dalam almari... Sedarlah kita sama2 sedang diserang oleh musuh kita dengan kos yang sangat rendah, mereka tidak lagi mengeluarkan belanjakan yang tinggi, jauh sekali mengorbankan nyawa tapi kesannya SANGAT BESAR KEPADA KITA.. sekian


(Taujih alQassam)
Pencatat: Aamantu Billah

0 comments

Post a Comment